Menara Jam Condong Teluk Intan
Menara Jam Condong Teluk Intan

Menara Jam Condong Teluk Intan

Menara Condong Teluk Intan ialah sebuah menara tangki air yang kemudian dijadikan menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini ialah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setinggi 85 kaki dan terdapat 110 buah anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini, menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Kini, bangunan purba itu mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali.